Wednesday 19 December 2012

Kemana?

Aku di tanya, kenapa tidak berada di galaksi yang pernah aku sendiri cipta?
Adakah aku akan terus mendaki atau menuruni.

Galaksi aku juga bergraviti. Satu masa nanti, graviti akan menarik aku jua. Maka rabaklah satu persatu persepsi.

Terkadang, aku kerap meneliti helaian memori yang ada. Terasa aku di kemuncak kembali. Bila aku gosok kembali mataku, sah, aku berimaginasi. Atau mungkin menjengah memori. Memori yang kian menjadikan aku mandul, kemandulan dalam berfikir, bertindak, dan ya, kemandulan 'ittikan il muluk bid tadil il suluk'.

Galaksi kian hilang. Peta alam semesta ku kian menghampiri. Adakah aku akan miliki ruang masa yang mampu melingkungi kejahilan , menutupi kemandulan ini.

Aku jadi begini kerana alahan. Alahan aku kepada kegagalan. Datangnya sekali, akibatnya hingga ke mati. Jangan ajarku bagaimana untuk hidup. Latih aku bagaimana untuk mati. Aku muak dengan ilmu tentang hidup, sehingga aku ketagih ilmu mati.

Ruang waktu aku kian sempit. Menghimpit aku dengan tekanan infiniti. Kalau mampu aku ganti dengan pujian yang infiniti.

Kemana aku selepas ini?

No comments:

Post a Comment