Monday 31 December 2012

Tolak 'Belas'

Tolak belas, kini sudah tiada di umur aku. 20 tahun. 
Selamat tahun baru, azam baru, manusia baru, dunia baru.

Apa yang ada sepanjang kesebelasan aku,
Hanya Yang Satu tahu apa yang ada sepanjang kesebelasan ini.
Kalau dikupas, takut hatiku sayu.


Wednesday 19 December 2012

Kemana?

Aku di tanya, kenapa tidak berada di galaksi yang pernah aku sendiri cipta?
Adakah aku akan terus mendaki atau menuruni.

Galaksi aku juga bergraviti. Satu masa nanti, graviti akan menarik aku jua. Maka rabaklah satu persatu persepsi.

Terkadang, aku kerap meneliti helaian memori yang ada. Terasa aku di kemuncak kembali. Bila aku gosok kembali mataku, sah, aku berimaginasi. Atau mungkin menjengah memori. Memori yang kian menjadikan aku mandul, kemandulan dalam berfikir, bertindak, dan ya, kemandulan 'ittikan il muluk bid tadil il suluk'.

Galaksi kian hilang. Peta alam semesta ku kian menghampiri. Adakah aku akan miliki ruang masa yang mampu melingkungi kejahilan , menutupi kemandulan ini.

Aku jadi begini kerana alahan. Alahan aku kepada kegagalan. Datangnya sekali, akibatnya hingga ke mati. Jangan ajarku bagaimana untuk hidup. Latih aku bagaimana untuk mati. Aku muak dengan ilmu tentang hidup, sehingga aku ketagih ilmu mati.

Ruang waktu aku kian sempit. Menghimpit aku dengan tekanan infiniti. Kalau mampu aku ganti dengan pujian yang infiniti.

Kemana aku selepas ini?

Thursday 13 December 2012

Lonjakan

Hari ini, aku bersaksi, tiada tuhan selain Allah, dan kerana Dia juga aku akan berubah.

Aku telah banyak mengotorkan perjalanan hidup aku.Memori yang akan merencatkan sejarahku.
Terkesan aku pada kata-kata pensyarah lab faundry tadi. "Kamu kena ubah niat, setiap kali nak ke ke kelas, niat untuk belajar," . "Inilah universiti yang paling hebat saya mengajar.Bila tanya ada soaln ke tidak, tak ada.Bila masuk kelas lenggang, tak mencatat".

Doakan.

Tuesday 11 December 2012

Bukit jalil aku datang

Pengembaraan di mulakan dengan membeli tiket perlawanan semi final pertama, AFF Suzuki 2012 di antara Malaysia menentang Thailand. Aku, Sabiq dan Suhail beli tiket kat Shah Alam yang setiap satu tiket berharga RM40.

Akhirnya, tiket perlawanan Malaysia pertama aku beli.


Malaysia vs Thailand


Hari perlawan pun tiba, pada hari sabtu, 9 Disember 2012.Pukul 5 kami gerak dari Shah Alam ke Bukit jalil.Halangan pertama pun sampai.Hujan yang lebat ibarat awan yang sedang cirit menghentam kami.Tapi demi semangat Malaysia Boleh! kami redah sahaja hujan ini.


Navigation time.

Halangan kedua adalah, Suhail yang tertelan semut yang sangat banyak sehingga terlupa atau tak ingat lansung jalan ke Bukit Jalil, walhal dia pernah datang masa Malaysia lawan Indonesia tempoh hari.Jadi aku telah mencadangkan, untuk memakai scarf 'Malaysia tanah tumpahnya darahku' kat leher.Dengan harapan ada motor lain tegur, dan dia lead the way.Hipotesisnya, ia berhasil.
Ada 2 orang mamat ni tegur kiteorang.Dah tambah satu lagi ,eh!, 2 lagi kawan.

Kami di tingkat 3.


Aku dan Suhail.

Meet my friends.Suhail, Sabiq, Amar.

KAMI

Kawan baru @navigator. haha


Nantikan post 'Bukit Jalil aku datang; part 2' kalau Malaysia layak ke final.Doakan pasukan negara kita layak ke final, sekaligus mengekalkan piala yang pernah digenggam 2 tahun lepas.