Tuesday 11 December 2012

Bukit jalil aku datang

Pengembaraan di mulakan dengan membeli tiket perlawanan semi final pertama, AFF Suzuki 2012 di antara Malaysia menentang Thailand. Aku, Sabiq dan Suhail beli tiket kat Shah Alam yang setiap satu tiket berharga RM40.

Akhirnya, tiket perlawanan Malaysia pertama aku beli.


Malaysia vs Thailand


Hari perlawan pun tiba, pada hari sabtu, 9 Disember 2012.Pukul 5 kami gerak dari Shah Alam ke Bukit jalil.Halangan pertama pun sampai.Hujan yang lebat ibarat awan yang sedang cirit menghentam kami.Tapi demi semangat Malaysia Boleh! kami redah sahaja hujan ini.


Navigation time.

Halangan kedua adalah, Suhail yang tertelan semut yang sangat banyak sehingga terlupa atau tak ingat lansung jalan ke Bukit Jalil, walhal dia pernah datang masa Malaysia lawan Indonesia tempoh hari.Jadi aku telah mencadangkan, untuk memakai scarf 'Malaysia tanah tumpahnya darahku' kat leher.Dengan harapan ada motor lain tegur, dan dia lead the way.Hipotesisnya, ia berhasil.
Ada 2 orang mamat ni tegur kiteorang.Dah tambah satu lagi ,eh!, 2 lagi kawan.

Kami di tingkat 3.


Aku dan Suhail.

Meet my friends.Suhail, Sabiq, Amar.

KAMI

Kawan baru @navigator. haha


Nantikan post 'Bukit Jalil aku datang; part 2' kalau Malaysia layak ke final.Doakan pasukan negara kita layak ke final, sekaligus mengekalkan piala yang pernah digenggam 2 tahun lepas.

No comments:

Post a Comment