Wednesday 27 February 2013

kenapa?


Kenapa jalan ini? Bagaimana yang sana tu?

Kau dah lupa ke?
Tak ada dua jalan. Pilih satu.


Monday 25 February 2013

OPERA

Ketepikan soal kudis, datang pula panau.
Jangan terlalu memikirkan perdebatan Hadis, kalau yang asas masih sadis.

Sedih itu pedih tatkala ia datang sejengkal.
Sedih itu pelik bila ia tak datang sendirian. Pasti akan ada sindiran berbaur lakonan simpati, padahal tak pernah peduli. Buangkan  topeng.

Cukup sudah pementasan opera kosong, kalau hati tak pernah bernombor. Pergi sahaja, jauh dari kertas ini, sedangkan ada yang masih menagihkannya.



bertopeng?


Saturday 23 February 2013

Seni

Pementasan teater arahan abangku.



Siapa yang berminat boleh datang ke tempat yang tertera pada iklan.

Satu hal lagi, siapa yang nak kahwin dan ingin mengabadikan majlis dalam sebuah video, boleh menghubunginya di Facebook (Aus).


Brought to you by:





Saturday 9 February 2013

beza

Ana, saya, I, adalah sama.

Mana? Ke mana hilangnya?Aku sendiri belum menemuinya.
Kau? Dah jumpa belum?

Kamu, you, anta, adalah berbeza.

Kau dan aku tak pernah sama. Ada lainnya, ada nuansa dalam bertutur. Idea aku bukan untuk kau.

sodium chloride

Tak sebelah mana- mana.
Pendapat aku yang tak seberapa ini, tolong jangan di salah erti.

Aku tanda betul. Belum lagi mampu tanda 'pangkah'.

Aku 'neutral'.

Friday 8 February 2013

Dua juta

Minggir, aku datang dengan kuasa 2 juta.

Percuma bagi kamu yang kuasanya 3 ribu darabnya 50 tahun. Aku hiburan kualiti dunia, kamu hamba kualiti bangsa.

Aku sedar, aku datang kerana membodek.

Membodek si jelek yang kurang celik akan intelek sebuah pokok. Kalau dulu akar membentuk pokoknya, kini , pokok memilih akarnya.

Cukup sudah magisku dihidangkan. Menghanyutkan naluri relevan 'pangkahan' sakti, sisipan keghairahan abadi.

Agama kini hanya tinggal cebisan, bagai keju, apabila tikus sibuk membaiki labu.

Keep calm, and waste the Malaysian money.

Monday 4 February 2013

Tersiatnya tawa

Perpisahan itu pedih, pedih itu kesedihan. Lebih jelas, ia kesakitan, dalam benak, memori, naluri.
Kehilangan itu bukan permintaan, tapi ia keajaiban yang perlu.

Satu bentuk didikan, bidikan kepada hati sayu untuk tidak terus layu.
Ketawa itu ada musuhnya, sakit juga ada penawarnya.
Kurang jelas rasanya kalau kita dipenuhkan dengan tawa.

Ya! Kurang jelas bagaimana warna hidup. Sentiasa hitam atau sentiasa putih. Menikam hati itu jejak terpenting hidup.
Supaya ingat akan kegembiraan yang pernah....... kita lupakan sejenak.

Kelak kita akan terpisah.
Lumrah, serta kitaran yang cukup sempurna.

Wednesday 16 January 2013

Dengar! Dengar! Dengar!

Menjadi kaku, takut dengan idea sendiri. Itu punca mahasiswa Malaysia dipandang sepi. Idea ditolak  oleh bangsa dan negara sendiri. Aku menyokong idea, 'universiti sebagai pusat kritikan'. Baru ada perubahan dinamik.


Kita diasuh, disogokkan, dimanipulasikan oleh jajahan pemikiran 'just follow the flow'.
Kita dididik supaya akur, patuh dan setia.
Dipanjangkan aturan, dibuat susunan darjah kesetiaan seluruh dunia, Malaysia akan menjadi yang teratas.
Rakyat yang paling SETIA.

Setia menjadikan yang kuasa itu berlipat kali kuasa, wang atas wang.
Kita dikaburi dengan anugerah, yang setia akan menerima anugerah.

Tunduk kita pada kebodohan, ibarat mendongaknya kita pada keegoan. Lebih sewel pabila kita kagum akan kesetiaan kita pada kebodohan, kejujuran kita terhadap penipuan, kemiskinan kita dalam kekayaan.

Jika benar wujud hak bersuara, serlahkan. Jika wujud mahasiswa pendukung masa hadapan, buktikan. Jangan dihalang ilmu, idea, baru. Takut kita pada perubahan? Yang kaya akan terus kaya, yang lemah akan terus lemah.

Ideologi 'hak' dan ideologi 'bersuara'? Mungkin  tak perlu hak bersuara. mungkin kita perlu hanya 'bersuara' atau kita hanya perlu 'hak'.  Suara juga hak. Tak akan lari.

Berdiri atas hak bersuara, berperanan sebagai penyampai dukungan ketamadunan, tapi berpihak kepada hak kuasa. Yang berkuasa akan bercakap, yang kebanyakkan akan berdiam, patuh.

Adakah ini kaedah kuku besi terbaru? Menyekat perkembangan ilmu, menolak persoalan, menepis perubahan, mengangkat perbezaan darjat.

Ada 3 benda yang MatLuthfi ketengahkan dalam video terbarunya.


"Ada 3 sebab kenapa pelajar luar negara, tak nak balik ke negara":
1. faktor gaji lebih.
2. Di Malaysia kita hanya perlu ikut sahaja aturan.
3. Di luar negara, burung tak ada buat bunyi macam tu (if u know what he mean).










Thursday 3 January 2013

penyesalan statik

Walau aku tahu, aku tiada ilmu ,tapi aku tetap di sini, statik, tak bergerak.
Menanti ramalan-ramalan dari kebanyakkan. Tersilap ramalan, silap juga haluan.

Menyeksa diri pada akhir hari.
Menyesal tentang perbuatan lepas. Statik, sama dengan kosong.

Dijenguk orang lain, dari awal sampai ke akhir, mentelaah sampai cair, cair otak.
Aku, sibuk menyusun jadual, bukan pada kertas, tapi pada mulut.
Natijahnya, aku statik, tak berganjak. Tak sedikit pun menegak.

Terasa terjatuh. Tarikan graviti menembusi kerak. Melayar helaian buku, pada saat penutup.
Aku berstatik di atas empuknya tempat tidur, sedang yang lain menimbunkan ilmu atas ilmu.
Latihan atas latihan. Pandai atas pandai.

Siapa lambat, dia dungu. Siapa cepat dia penghulu.