Thursday 28 June 2012

'boleh dimakan'

Kalau kebodohan itu la yang kau miliki, memang kau akan terus dihimpit dengan situasi ni.Kau akan terus dimakan,sikit demi sedikit.

Sehingga tulang kelihatan pada permukaan mata. Mata tidak mempunyai tulang wahai sahabat.Jangan jadi terlalu mudah. Jangan pula jadi terlalu susah.

Kepandain itu terletak pada kebodohan.Kalau tak diatasai bodohnya itu,manakan dapat benih kepandaian itu.

Monday 18 June 2012

kota imaginasi

Di hujung jari aku,terdapat satu alat kawalan jauh.Tv yang besar,melindungi pandangan ku dari segala trafik kehidupan sekeliling.

Banggunan tinggi,air mengalir dari bawah ke atas sambil ikan berenang-renang di antaranya.Ikan juga berkepak.Ibarat burung merpati.Berkepak ia terbang,berkaki ia berlari.Arca-arca magis menghiasi kota ini.Patung pelbagai ragam,alatan musik pelbagai bunyi.

Burung tidak lagi keseorangan di langit.Ikan berkepak sebagai peneman.Apabila hujan,bukan lagi turunnya rangkaian molekul hidrogen dan oksigen,tapi madu yang membasahi arca-arca itu.Indah sekali permandangan pabila bulan bukan lagi sebuah cermin.Kini bulan dan matahari bersebelahan.

Di pinggir kota,jika inginkan aneka jenis gula-gula,ada satu banggunan pengeluar gula-gula.Memproses tidak lagi tenaga manusia digunakan.Kerajinan askar lebah dimanipulasi oleh kepintaran kota itu.Lebah-lebah itu yang bekerja siang malam,membanting kepak,melakukan tugasan supaya kehendak umat sejagat dipenuhi.

"Gula terlalu banyak juga tidak bagus".Moto syarikat pengeluaran gula itu.Cukup ironi.Membuat pada masa yang sama melarang.Sindiran sang lebah kepada manusia.Sindiran yang cukup berfalsafah."Cakap orang,tapi dia buat jugak".Tipikal sifat orang tua,poltician,pengawas dan penguatkuasa.

Pepohon hijau melingkar di setiap penjuru di kota itu.Ada yang di gunakan sebagai kenderaan.Pergerakan pohon itu pabila terkena pancaran mentari,sekali lagi dimanipulasi.

Sayap-sayap rekaan sang lalat terjual di jalan-jalan,ibarat menjual kepingan keropok lekor.Kereta menjadi sebahagian bahan pameran di muzium.Kepak mengambil alih.Ibarat pari-pari kecil di awangan.Setiap ayunan kepak,akan berguguran manik-manik berkilat,ibarat bercakap hingga menyembur air liur.Kata-kata manifesto si lalat untuk melariskan jualan.

Tapi aku masih lagi di sini.Menulis.Menggabungkan idea-idea menjangkau pemikiran logik manusia.Ini hanyalah khayalan belaka.Allah itu Maha merancang.Dia tahu apa yang kita tahu.Dia jua tahu apa yang kita tidak tahu.Hentikanlah rungutan kegagalan.Allah tahu hala tuju rancangannya.

Lebah itu adalah ubat.Sebelah kepak lalat ada racun,di sebelah lagi ada penawar.






Dasar hamba

Jam sekarang,jarum panjang di nombor 1,jarum pendek di nombor 5. Mood aku hari ini adalah menaip.Tidak sehebat tulisan tangan aku semasa peperiksaan,tapi cukup untuk mengembalikan kosa kata,tatabahasa yang semakin terlucut di dalam kepala dan benak fikiran.

Masih menantikan azan subuh.
Ya.sebentar lagi akan subuh.Mungkin subuhku tak sehebat subuh Nabi,tapi yang pasti aku masih mengikut Nabi.

Itu la lumrah seorang hamba.Dimana-mana pun,kita akan kekal sebagai seorang hamba.

Hamba bos,
Hamba kerja,
Hamba fesyen,
Hamba abdi,
Hamba cina,
Hamba orang kaya,
Hamba nafsu,
Hamba Allah.

Aku juga seorang hamba.



Sunday 17 June 2012

huh!

Ya, aku memang sangat terkejut.Lain yang diminta, lain pula yang aku dapat.Mungkin ini sudah suratan.Usahlah kita mengeluh.Aku juga pernah mengeluh.Aku juga sedar perbuatan itu adalah satu mandatori yang melanggar dogma-dogma kehidupan.

Adakalanya,kita layak untuk dapat sesuatu,adakalanya,tidak.Tapi,itulah kehidupan.Yang ada didalamnya,benih-benih emosi.suka,duka,kepuasan,kemarahan.cukup sejuta kali cukup.
Kehidupan mana yang akan aku perolehi,samada jerih seperti Sang semut,atau tenang ibarat Ratu lebah.Pahit,kelat,manis kehidupan sudah aku alami.Tapi aku masih mencari kemanisan hidup yang sebenar,kepahitan kematian, kekelatan sakit itu.

Kadang-kadang aku terfikir,antara "kita" dan juga "kehidupan"..
Siapa akan tertawakan siapa.

sekadar nukilan

Sudah ku tahu akhirnya,tapi bagaimana ianya bermula.

Usahlah bersedih,kelak kau akan khuatir akan apa yang bakal mendatang.datang ke tidak,bukan kita penetapnya.Tapi..

Kita tetap manusia,yang akan kekal sebagai manusia,yang akan mati sebagai manusia.