Wednesday 16 January 2013

Dengar! Dengar! Dengar!

Menjadi kaku, takut dengan idea sendiri. Itu punca mahasiswa Malaysia dipandang sepi. Idea ditolak  oleh bangsa dan negara sendiri. Aku menyokong idea, 'universiti sebagai pusat kritikan'. Baru ada perubahan dinamik.


Kita diasuh, disogokkan, dimanipulasikan oleh jajahan pemikiran 'just follow the flow'.
Kita dididik supaya akur, patuh dan setia.
Dipanjangkan aturan, dibuat susunan darjah kesetiaan seluruh dunia, Malaysia akan menjadi yang teratas.
Rakyat yang paling SETIA.

Setia menjadikan yang kuasa itu berlipat kali kuasa, wang atas wang.
Kita dikaburi dengan anugerah, yang setia akan menerima anugerah.

Tunduk kita pada kebodohan, ibarat mendongaknya kita pada keegoan. Lebih sewel pabila kita kagum akan kesetiaan kita pada kebodohan, kejujuran kita terhadap penipuan, kemiskinan kita dalam kekayaan.

Jika benar wujud hak bersuara, serlahkan. Jika wujud mahasiswa pendukung masa hadapan, buktikan. Jangan dihalang ilmu, idea, baru. Takut kita pada perubahan? Yang kaya akan terus kaya, yang lemah akan terus lemah.

Ideologi 'hak' dan ideologi 'bersuara'? Mungkin  tak perlu hak bersuara. mungkin kita perlu hanya 'bersuara' atau kita hanya perlu 'hak'.  Suara juga hak. Tak akan lari.

Berdiri atas hak bersuara, berperanan sebagai penyampai dukungan ketamadunan, tapi berpihak kepada hak kuasa. Yang berkuasa akan bercakap, yang kebanyakkan akan berdiam, patuh.

Adakah ini kaedah kuku besi terbaru? Menyekat perkembangan ilmu, menolak persoalan, menepis perubahan, mengangkat perbezaan darjat.

Ada 3 benda yang MatLuthfi ketengahkan dalam video terbarunya.


"Ada 3 sebab kenapa pelajar luar negara, tak nak balik ke negara":
1. faktor gaji lebih.
2. Di Malaysia kita hanya perlu ikut sahaja aturan.
3. Di luar negara, burung tak ada buat bunyi macam tu (if u know what he mean).










Thursday 3 January 2013

penyesalan statik

Walau aku tahu, aku tiada ilmu ,tapi aku tetap di sini, statik, tak bergerak.
Menanti ramalan-ramalan dari kebanyakkan. Tersilap ramalan, silap juga haluan.

Menyeksa diri pada akhir hari.
Menyesal tentang perbuatan lepas. Statik, sama dengan kosong.

Dijenguk orang lain, dari awal sampai ke akhir, mentelaah sampai cair, cair otak.
Aku, sibuk menyusun jadual, bukan pada kertas, tapi pada mulut.
Natijahnya, aku statik, tak berganjak. Tak sedikit pun menegak.

Terasa terjatuh. Tarikan graviti menembusi kerak. Melayar helaian buku, pada saat penutup.
Aku berstatik di atas empuknya tempat tidur, sedang yang lain menimbunkan ilmu atas ilmu.
Latihan atas latihan. Pandai atas pandai.

Siapa lambat, dia dungu. Siapa cepat dia penghulu.