Saturday 19 May 2012

blood is thicker than water





Mohammad Firdaus b. Kamaruddin





Mohammad Syafiq b. Kamaruddin



                                                         



Mohammad Nurhaqim b. Kamaruddin


“Above all things let us never forget that mankind constitutes one great brotherhood; all born to encounter suffering and sorrow, and therefore bound to sympathize with each other”

"There's no other love like the love for a brother.  There's no other love like the love from a brother."                                   


Wallahualam~



                                                 







Sunday 13 May 2012

Telur ayam ke?

Persoalan hantaran yang cukup membebankan sering menjadi faktor perkahwinan tertangguh.kalau dalam kalangan orang melayu,tradisinya, lelaki yang akan menyediakan wang hantaran.selalunya,mas kawin tidak menjadi masalah,tetapi yang mendatangkan masalah adalah duit hantaran. Ibubapa kat luar sana tu mungkin tak terpikir, kesanggupan seorang lelaki untuk mengahwini anaknya adalah satu ganjaran.Kenapa 'ganjaran' itu yang harus menerima bebannya. Sepatutnya, Si ayah yang patut bayar pada bakal suami anaknya.selama ni segala dosa anaknya perlu ditanggung.Dengan adanya sukarelawan yang dengan sukarelanya nak tanggung dosa anak dia,bukankah si suami yang patut menerima ganjaran.Nampak kan idea yang aku cuba sampaikan.



Antara alasan permintaan wang hantaran yang tinggi:


1.kos untuk perbelanjaan perkahwinan sebelah perempuan.
2.nak isteri baik punya,bayar lebih la.
3.anak perempuan aku belajar sampai degree, RM14000 baru berbaloi.
4.aku orang kaya,tak kan minta sikit-sikit.nanti apa pulak orang cakap.
5.anak aku ni suka pakai barang mahal-mahal.
6.nak tengok bakal suami anak dia,sanggup berkorban apa saja ke untuk anak dia.
7.pihak lelaki macam kaya je,mintak je la banyak-banyak.


Itu la antara sebab yang selalu kita dengar ataupun yang aku reka.haha.Perkahwinan ni sepatutnya proses  yang mengembirakan hati baik pihak perempuan mahupun pihak lelaki. Ini tak,yang perempuan seronok mase sanding,yang lelaki asyik pikir dalam kepala otak ni,macam mana aku nak bayar hutang along ni,sekali dengan bunga-bunganya.Kadang-kadang,anak biasa je,tak kisah pun.Tapi mak bapak yang lebih-lebih.Katenye"kau budak-budak,ini urusan orang tua.kau kawin je".Ada jugak yang menentukan harga wang hantaran dengan tahap pelajaran anak mereka.dah macam gred telur ayam.Telur yang elok,triple A,bayar mahal.ANAK KE TELUR AYAM? Sepatutnya,ibubapa meletakkan harga yang sangat tinggi untuk anak mereka yang hanya boleh di bayar dengan "RM KEPERCAYAAN".Bukan dengan 40 keping not RM 50,kerana harga itu jauh lebih murah berbanding nilai kepercayaan yang harus diamanahkan kepada si suami.Berat tanggungjawab seorang suami,jangan la ibubapa bebankan lagi dengan wang hantaran yang terlalu tinggi.Kasihani la kami ini.haha.Wallahualam~