Saturday 10 November 2012

kesengsaraan seorang penJAYA

Hari isnin ni, aku akan ada test pertama sebagai seorang pelajar ijazah.Nampak hebat bukan?
Tapi apa yang hebat, ermmm....aku pun tak tahu.

Kerap juga aku mencari erti sebenar pelajar atau mahasiswa.Adakah ia sekadar meloloskan diri atau hanya sekadar memenuhi kehendak orang ramai, yang ingin melihat anak-anak bangsa mengenggam segulung, bergulung-gulung ijazah kalau boleh.

Aku tidak boleh menentang aliran pemikiran masa kini, melawan arus.Mungkin insan lain boleh, tetapi bukan aku.Waima aku terus belajar atau aku duduk sahaja di rumah.Pilihan di tangan aku.

Aku ingin berjaya.

Sunday 4 November 2012

'Nasi,sihat'

Lama tak menaip,
Apakan daya, bukan ini sahaja kerja yang ada.

Aku kini, kian berumur.dari setahun jagung, kini mampu menanam jagung.Masa berdetik, tanpa sempat ku berkelip.
Beberapa nasihat sesuai untuk aku dan juga orang lain

pabila cemburu menguasai diri,sifat keterbukaan kian pudar,hilang dalam radar pemikiran relevan ;

Yang selat itu selatan, yang pantai itu timur.yang sesat itu?adakah kita,ataupun generasi kemudian? ;

Dari kacamata biasa kini berkanta gelap,adakah itu perumpamaan dunia kemudian hari ? ;

Hakikat cinta,yang tahi itu indah.hakikat budi,yang permata itu keji ;

Mencari cinta Allah biar dengan bersederhana.bukan usahanya,tapi cakap-cakapnya ;

Ilham itu bukan milikku, kadang-kadang ia datang bak air sungai yang mengalir laju, kadang-kadang ia datang bak hingus yang mengalir, kejap ada, kejap tiada.





Aku sakit mata, mengharap pahala dari  Maha Esa.