Sunday 13 May 2018

Pasca PRU 14

Satu detik bersejarah dalam kehidupan rakyat Malaysia telah disaksikan pada tengah malam 9 Mei 2018. Parti ulung, Barisan Nasional akhirnya tewas buat pertama kalinya setelah hampir 6 dekad memerintah tanah air.

Pakatan Harapan adalah parti yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi kerajaan baru setelah mendapat majoriti mudah. Muka muka lama dan berwibawa digabungkan dengan persona reformasi, menyebabkan terkulainya BN.

Fokus aku pada post kali ini bukan untuk menceritakan tentang sejarah ini, kerana aku pasti ramai yang sudah cakna akan peristiwa bersejarah ini.

Yang menarik minat aku adalah perubahan rakyat dalam merealisasikan 'Politik Matang'. Menulisnya aku disini bukan sebagai seorang pakar politik, pakar geostrategis (seperti yang diuar-uarkan oleh seorang itu), mahupun sebagai ahli politik. Aku menulis sebagai tanda negara menjunjung cita cita baru. Cita-cita yang ingin mendukung suara rakyat agar tidak lagi dikekang oleh mana mana pemerintahan mahupun agensi kerajaan.

Harapan aku mengenai suasana politik matang yang akan dikecapi kelak, adalah, hak hak rakyat terpelihara tak kira agama, bangsa, ideologi apatah lagi parti politik. Pembangkang mempunyai ruang bersuara yang sama dengan kerajaan. Kerajaan pusat memberi peruntukan yang sama kepada negeri negeri yang diperintah oleh pembangkang. Biar rakyat sendiri menilai kewibaan kepimpinan mana-mana parti yang diwakili. Kerana mereka mewakili rakyat di kawasan mereka, bukan mewakili poket mereka (harapnya).

Setakat ini sahaja, sebab aku tak ada idea. Post ini sebagai pemanas jari, sebelum aku secara serius menghentam dasar dasar yang pada aku mengenepikan kesejahteraan rakyat.

Akhir kata,  rakyat raja demokrasi.

Pasca Ijazah

Selepas tiga semester extend, dengan jumlah semester terkumpul adalah 11 semester semuanya, akhirnya aku berjaya mendapatkan sekeping ijazah.
Kini aku...





Menganggur.