Thursday 19 July 2012

"Itik bertelur, ayam menetas"

"Itik bertelur, ayam menetas,".Kedengaran ringan, menjadi baris ayat lagu anak kecil.

Kak Kurnia, bibik Dato' Ajib berlari anak menuju ke biliknya,sambil menangis. Anis buntu. "Ayah marah kak Kurnia ke?", monolog si kecil dalam hatinya.

***

Mereka semua bersiap untuk ke hospital. Datin Ika baru saja melahirkan anak. Lelaki, tembam pipinya. Saat ayah melihat anaknya, dia seakan runsing. Mundar-mandir. Apa yang difikirkannya, entah siapa yang tahu.Kini waktu kian sore.Masa untuk pulang ke rumah.

Kak Kurnia sudah tiada.
Mana perginya dia?Adakah kejadian siang tadi, membuatnya lari.Anis menjerit nama bibiknya itu.
Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Saat itu kedengaran riuh-rendah.Dato' Ajib kelihatan resah.Menurut teriakan dari suasana riuh-rendah itu, kedengaran mesej berbaur marah.

Dato' Ajib memberanikan diri untuk keluar, bagi menyelesaikan kekusutan yang ada.Satu pihak mesti bertindak, sebelum konflik kian memuncak.Ternyata, tindakan itu sedikit sebanyak meredakan keadaan.Mereka adalah orang Indonesia.PADI.Pendatang Asing Dengan Izin.Mereka adalah kaum keluarga Kak Kurnia.Mereka semua bekerja di Malaysia.

Tujuan mereka hanyalah satu."Pak Ajib harus bertanggungjawab!", gertak salah seorang daripada mereka.

Kak Kurnia, telah dijumpai mati bersama seorang bayi dalam kandungannya.Dia  dipercayai membunuh diri.Motif sebenar kejadian itu, masih samar-samar.Apa yang perlu Dato' Ajib dipertanggungjawabkan dengan kes bunuh diri itu, masih menjadi tanda tanya.

2 bulan kemudian, Dato' Ajib kebingungan.Atas rasa bersalah, ataupun bertanggungjawab atas kematian Kak Kurnia.Jelas, rahsia yang kekal menyakitkan.

Suatu malam, Dato' Ajib cuba mendatangi isterinya.Jelas hukum syariat, haram hukumnya mendatangi isteri ketika dalam lingkungan haid.Hilang kewarasan diri.Dato' Ajib pergi ke kamar Anis.Nafsu diikutkan, anak sendiri menjadi tempatnya."Anis sayang papa kan?".

Semakin hari, Anis menjadi murung.Setiap kali diajukan soalan tentang keadaannya, Anis hanya berdiam.Khuatir, ayahnya akan marah padanya.Takut juga dia, sayang ayahnya terhadapnya berkurang.Kasihan anak kecil itu.

Datin Ika bingung.Resah melihat Anis dah keletahnya.

Hal ini tidak dapat ditanggung lagi oleh si ibu.Disiasatnya secara diam.Dibeleknya buku sekolah Anis.Kemungkinan akan ada yang terungkap.Kerja sekolahnya tidak lagi disiapkan.Setiap helaian bukunya, terpapar ayat, "ANIS SAYANG PAPA".Seribu tanda tanya kian bertambah dalam benak fikiran Datin Ika.Suatu malam, Datin Ika cuba menghidu pergerakan suaminya.Sudah menjadi kebiasaan akhir-akhir ini,suaminya kerap terjaga pagi-pagi buta.Selepas keluar, kedengaran Dato' Ajib ke kamar Anis.Datin Ika meninjau di celahan pintu yang terbuka sedikit.

Apabila Iblis bertopengkan manusia, ingat, akan terkeluar juga tanduknya.Bocor rahsia Dato' Ajib.Pertengkaran mula tercetus.Apabila nafsu diletak lebih tinggi dari agama, babi dikatakan ayam, arak dikatakan teh, bunuh dikatakan halal.Di capainya pisau, di bunuhnya seorang demi seorang.Tusukan demi tusukan.Terkulai layu 3 mayat.Hanya tinggal tangisan si bayi, yang masih naif.

"Maafkan ibu, mati adalah jalannya,"."Ibu yang memulakan jalan zina ini, jadi ibu yang harus bertanggungjawab".


*baca dengan berfikir.Mesejnya akan sampai.