Friday 5 October 2012

Golongan tua

KESATRIA di sabtu pagi.

Seronok juga la, sebab hari ni cuaca sejuk, tak panas terik.Tapi setiap pro mesti ada kon nya *lain macam je bunyinya.
Kontranya hari SABTU!

Hari sabtu mengikut kamus hidup seorang pelajar, merupakan hari istirehat, melepaskan tensi, mahupun membasuh baju.Indahnya jika ada isteri.Ringan beban.

Topik hari ni,' kerja rumah: suami vs isteri'

hakikatnya, siapa yang patut diletakkan tanggungjawab itu.Beberapa hari yang lalu, aku terdengar mak bapak aku sibuk bercerita pasal 'tut' yang buat kerja rumah.Apa dalam kursus kahwin ada ke kewajipan membuat kerja rumah itu terletak atas bahu isteri.

Nabi pun tolong isteri dia menjahit baju, dan beberapa lagi kerja rumah.Itu la golongan tua, terlalu ikut dengan adat perpatih mahupun temenggong sampai tak tahu beza yang relevan dengan yang tak.

Zaman sekarang ini, suami dan juga isteri masing-masing bekerja.Dulu lain cerita la.Peluang untuk perempuan belajar memang secebis tahi hidung, apatah lagi kerja.Daripada itu nampak la kerelevannya.Haiyooo!

 Ini sedikit bingkisan video.Kartun ini menerangkan segalanya.Jangan kahwin tahu buat anak sahaja.Lepas itu tunding jari satu sama lain.





sekian,wallahualam.


No comments:

Post a Comment