Sunday 7 October 2012

0154

Jam menunjukkan 0154.

Aku kian menghitung perjalanan hidupku selepas ini.Lebih berjaya atau di takuk lama.
Mungkin menjadi sifat azali aku, kerap memandang sejarah hidup yang semakin lama menjauh.

Aku akan tetap memanggil sejarah itu supaya aku boleh menyesali hidupku, dan akhirnya aku hilang motivasi.

Motivasi yang basi tanpa erti.Itu definisi ku.
Memperjuangkan sesuatu yang tak pasti.
Tapi ini pilihan ku.Atau lebih tepat, ini sahaja pilihan yang ada.

Akan aku menggenggam sejumlah not-not kertas, atau aku membayar hutang dengan not-not, aku sahajala penentunya.

Menyesal
Penyesalan
Sesalan
Kesal

Aku masih mampu.........
Jika ini kehendakNYA, akan ku susuli ke mana jalan ini membawa ku.

Pudu,Lorong haji taib, pandan, susur, chow kit.

Minta-minta jauh dari sana.

Hidup kehidupan keuniversitian

No comments:

Post a Comment