Tuesday, 11 October 2011

sekadar pandangan seorang anak muda......


Kenapa orang melayu kita selalu rase jengkel dengan bangsa sendiri yang berbahasa inggeris.bukannya kita masuk kristian pun kalau cakap english.common guys...be open.buka minda kita ke arah yang lebih perdana.aku rasa ni mungkin tradisi kita orang Malaysia,terlalu sayangkan bangsa sampai lupa matlamat sebenar...bukan perjuangan bangsa yang perlu kita perjuangkan,tapi martabat Islam yang perlu kita pertahankan.aku kadang-kadang berfikir,apa keuntungan yang kita dapat dari mempertahankan bangsa,sedangkan apa yang Allah suruh adalah memelihara hubungan sesama islam,tak kira warna kulit,bangsa,mahupun bahasa.

Aku teringin wujudkan satu mind set baru...kalau kita di luar negara,selalunya kita akan jadi rapat dengan orang dari Malaysia...apa kata kita ubah,bila jumpa orang islam je kita tegur...kadang-kadang semangat assabiah orang kelantan ni ada baiknya...kita pertahankan saudara-saudara kita yang susah,yang sedang berperang....Orang Arab yang kaya-raya,membazir duit beli kereta mahal,rumah macam istana..sedang orang Palestin,Iraq,Somalia,selatan Thailand sedang bergolak,merintih,menagih bantuan saudara-saudara Islam yang lain...


Berapa billion orang Islam kat dunia ni,kalau sorang sumbang Rm1 seorang,tak berbillion ringgit kita dapat kumpul dana untuk bantu saudara-saudara kita yang susah...bangkitla..bahasa,bangsa,puak,koloni hanya sekadar nama...yang penting jati diri kita terhadap agama itu sendiri...sanggup kita lihat orang kafir perlekehkan kita,perlekehkan kaum wanita yang bertudung,orang kafir asyik dok mengata kita Islam ni kuno,menghalang kemodenan,merencatkan kemajuan sedangkan sejarah sudah jelas lagi terbukti,penemuan-penemuan dalam bidang sains,geologi,geografi,sastera,mahupun muzik,orang islam yang discover.mungkin umat zaman sekarang mudah dimanipulasikan oleh fakta sejarah yang sudah dimanipulasikan,diubah,direka...


Sedarlah,masa kita dah suntuk..tak salah kita untuk belajar bahasa lain,cakap bahasa lain yang penting jangan tukar agama lain...dengan banyak ilmu di dada,segala hujah yang cuba menjatuhkan Islam mampu kita tangkis...yang benar akan terus berpaksi pada satu jalan yang tak ramai yang akan ikut...sebab ada kata-kata atau quote,"Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan berakhir dengan keadaan yang asing". matlamat tak menghalalkan cara...hukum Allah tetap hukum Allah...bila ianya adalah suatu undang-undang yang datangnya dari Allah,maka segala undang-undang lain adalah terbatal...aku menyeru diri sendiri dan juga orang lain yang membaca entry kali ini,supaya ubah la diri,mantapkan personaliti,kukuhkan aqidah.Moga Islam terus dihormati...

Monday, 10 October 2011

cinta lelaki dan perempuan


tips untuk lelaki:

1) be yourself.Jadi diri sendiri la,tak payah la nak jadi macam Brad Pitt ke,Edward Cullen ke Fahrin Ahmad ke dan siapa-siapa lagi la.jadi diri sendiri,tunjukkan kelebihan kita dan paling penting jangan MALU nak tunjukkan kelemahan.EGO!lelaki memang ada ego,tapi apa kata,dengan perempuan yang kita suka ni,buang sikit sifat ego.Jangan takut si dia tinggalkan kita jika kita ada kelemahan sebab kalau si dia cinta sejati,dia perlu suka kelebihan dan KEKURANGAN kita.

2)jangan desperate sangat.jangan terburu-buru nak tunjukkan kita suka pada si dia.kebanyakkan kaum perempuan ni suka lelaki yang cool,tenang dan tak tergesa-gesa.jika si lelaki mula tunjukkan sifat ni,si perempuan akan mula rasa takut,seram sejuk,rimas dan mula nak angkat kaki untuk tinggalkan lelaki macam ni...

3)jaga kebersihan.dari rambut sampai la ke kuku kaki.ni,dengan rambut menggurutu,tak kemas,kelemumur lagi,kuku hitam,badan bau...agak-agak la kalau nak selekeh pon...time-time ni la lelaki perlu tunjukkan keperibadian.dari sudut fizikal kita akan nampak lelaki ni personaliti dia macam mana..memang ada pepatah inggeris "don't judge a book by its cover", tapi kita orang Islam,"setiap amalan yang baik akan terpancar melalui tingkah laku seseorang itu".see,apa yang ada di luar kebanyakkannya mencerminkan apa yang ada di dalam...

4)tepati janji..jangan sesekali mungkiri janji.satu benda yang mampu menghancurkan setiap kebahagiaan yang terbina.tak kira la berapa lama berkenalan,once you broke your promises,so long....!!!!janji dengan apa yang kita boleh kotakan.jangan janji benda yang jauh dari kemampuan kita.kalau dah sekali mungkiri ada dua jalan je yang kita akan nampak...i)selamat jalan romeo..atau ii)tiada maaf bagi mu..hahahaha..nampak tak betapa pentingnya janji pada sesorang perempuan..

5)jadi la penyokong paling kuat untuk si dia.di saat dia memerlukan kita,di saat sokongan kita ditagih janganla kita tak ada masa tu.dari sini si dia akan nampak betapa seriusnya seseorang tu dalam menjalinkan perhubungan.Jika kita ada pada setiap masa dimana si dia memerlukan semangat,insyaallah,perempuan yang kita suka tu,akan jatuh hati pada kita.


tips untuk perempuan:

hanya ada satu tips saja yang aku nak kongsikan di sini untuk perempuan-perempuan yang ada di luar sana.LARI DAN TERUSKAN BELARI.setiap kali ada lelaki yang cuba datang mendekati,cuba memikat hati,larikan diri.memang lumrah alam,peraturan yang telah dicaturkan oleh Allah,si lelaki mengejar dan si perempuan dikejar.kalau betul la si lelaki ni memang dijodohkan untuk si perempuan ni,si lelaki ni akan sanggup kejar walau kemana saja perempuan yang diminati, berlari.memang dia la lelaki yang akan sanggup menempuhi alam kehidupan bersama-sama si perempuan,dalam senang mahupun susah.walau macam mana hebat pun lelaki,cukup memenuhi ciri-ciri lelaki idaman,tabahkan la hati untuk larikan diri,jauhkan diri,kerana lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk memenangi hati seorang perempuan itu adalah lelaki yang yang memang dijodohkan untuk kamu,wahai perempuan...

Monday, 26 September 2011

salah SAKAP!!!!!

apa tu salah sakap???bagi yang pertama kali mendengar,salah sakap adalah satu perbuatan yang memalukan,menghinakan malah mampu membawa keretakan emosi yang mampu memutuskan setiap sel-sel neuron yang wujud dalam otak si pelaku mahupun orang-orang yang berdekatan dengannya.sebagai contoh...amati perbualan ini...

situasi 1

ehem:wei tepi sikit,aq nk 'parkour' moto aq ni...
mehe:hahahha,salah sakap tu,bukan nak parkour la,nk parking.

situasi 2

sayhu:kau dah bla sane.aku dah habis tanya soalan dengan kau dah.
syagul:pergh!!!lepas dah mintak tolong aku,kau buang aku eh."habis 'sapu',sepah dibuang".
sayhu:salah sakap disitu!

situasi 3

kow:hai keli,kau dah tengok belum carry mark kau semua subjek??
keli:tak lagi,tapi math punye aku dah tengok la.
kow:berapa 'carry math mark' kau
keli:hahahha!!!
kow:apa hal aku ada salah cakap ke????(menggaru perut tanda kebuntuan)



nampak tak apa yang dimaksudkan dengan salah sakap ni.antara faktor yang menyebabkan orang boleh tersalah sakap:
-gelabah
-cakap nak laju je
-mulut ada makanan tapi nak cakap gak
-suka bercakap sampai tersembur-sembur air liur lantaran itu membawa dia ke lembah kehinaan salah sakap.
-mungkin kecik-kecik dulu suka cium
-terlalu cepat nak cakap dua perkataan sekali gus
-perkataan tu memang susah nak sebut

ni antara perkataan yang yang disalah cakapnye pon adoi:

sekali lagi=sekali lali
carry mark math=carry math mark
habis madu sepah dibuang=habis sapu sepah bibuang
parking=parkour(ni lawak gile,jauh sangat dia punya salah sakap)




itu la manusia,terlalu tergesa-gesa sampai nak sebut perkataan yang senang pun boleh tersalah sakap.mungkin term ni akan diguna pakai oleh ahli panel atau juri dalam pertandingan pidato piala perdana menteri dalam aspek permakarkahan dan penilaian peserta.sebagaimana perkataan 'PAWAGAM' yang dicetuskan oleh P.Ramlee yang membawa maksud 'panggung wayang gambar',begitu juga dengan perkataan ni yang akan aku popularkan dan untuk mendapat tempat dalam senarai perkataan Dewan Bahasa dan Pustaka.dalam beberapa hari ni banyak betul kawan-kawan aku ni tersalah sakap,sampai semuanya kalau jumpa dah tak mau bukak mulut,takut tersalah sakap.hahahaha!'salah sakap' kini menjadi satu igauan malah dianggap akan menjadi satu fenomena kemudian hari...hahahaha!!
RAJA SALAH SAKAP

maafkan

kepada semua yang ada terbaca post-post yang lama,maafkan aku,sebab menggunakan terlalu banyak singkatan atau orang putih kata,'shortform'.terima kasih kepada rakan serumah aku yang begitu prihatin,kerana telah memberi beberapa tips dalam mengimprovasikan blog aku kearah yang mudah untuk difahami.biasalah orang baru mencuba,jadi kurang peka dengan kehendak bacaan yang lebih mudah untuk difahami.sekali lagi maafkan aku dan terima kasih.