Monday 10 October 2011

cinta lelaki dan perempuan


tips untuk lelaki:

1) be yourself.Jadi diri sendiri la,tak payah la nak jadi macam Brad Pitt ke,Edward Cullen ke Fahrin Ahmad ke dan siapa-siapa lagi la.jadi diri sendiri,tunjukkan kelebihan kita dan paling penting jangan MALU nak tunjukkan kelemahan.EGO!lelaki memang ada ego,tapi apa kata,dengan perempuan yang kita suka ni,buang sikit sifat ego.Jangan takut si dia tinggalkan kita jika kita ada kelemahan sebab kalau si dia cinta sejati,dia perlu suka kelebihan dan KEKURANGAN kita.

2)jangan desperate sangat.jangan terburu-buru nak tunjukkan kita suka pada si dia.kebanyakkan kaum perempuan ni suka lelaki yang cool,tenang dan tak tergesa-gesa.jika si lelaki mula tunjukkan sifat ni,si perempuan akan mula rasa takut,seram sejuk,rimas dan mula nak angkat kaki untuk tinggalkan lelaki macam ni...

3)jaga kebersihan.dari rambut sampai la ke kuku kaki.ni,dengan rambut menggurutu,tak kemas,kelemumur lagi,kuku hitam,badan bau...agak-agak la kalau nak selekeh pon...time-time ni la lelaki perlu tunjukkan keperibadian.dari sudut fizikal kita akan nampak lelaki ni personaliti dia macam mana..memang ada pepatah inggeris "don't judge a book by its cover", tapi kita orang Islam,"setiap amalan yang baik akan terpancar melalui tingkah laku seseorang itu".see,apa yang ada di luar kebanyakkannya mencerminkan apa yang ada di dalam...

4)tepati janji..jangan sesekali mungkiri janji.satu benda yang mampu menghancurkan setiap kebahagiaan yang terbina.tak kira la berapa lama berkenalan,once you broke your promises,so long....!!!!janji dengan apa yang kita boleh kotakan.jangan janji benda yang jauh dari kemampuan kita.kalau dah sekali mungkiri ada dua jalan je yang kita akan nampak...i)selamat jalan romeo..atau ii)tiada maaf bagi mu..hahahaha..nampak tak betapa pentingnya janji pada sesorang perempuan..

5)jadi la penyokong paling kuat untuk si dia.di saat dia memerlukan kita,di saat sokongan kita ditagih janganla kita tak ada masa tu.dari sini si dia akan nampak betapa seriusnya seseorang tu dalam menjalinkan perhubungan.Jika kita ada pada setiap masa dimana si dia memerlukan semangat,insyaallah,perempuan yang kita suka tu,akan jatuh hati pada kita.


tips untuk perempuan:

hanya ada satu tips saja yang aku nak kongsikan di sini untuk perempuan-perempuan yang ada di luar sana.LARI DAN TERUSKAN BELARI.setiap kali ada lelaki yang cuba datang mendekati,cuba memikat hati,larikan diri.memang lumrah alam,peraturan yang telah dicaturkan oleh Allah,si lelaki mengejar dan si perempuan dikejar.kalau betul la si lelaki ni memang dijodohkan untuk si perempuan ni,si lelaki ni akan sanggup kejar walau kemana saja perempuan yang diminati, berlari.memang dia la lelaki yang akan sanggup menempuhi alam kehidupan bersama-sama si perempuan,dalam senang mahupun susah.walau macam mana hebat pun lelaki,cukup memenuhi ciri-ciri lelaki idaman,tabahkan la hati untuk larikan diri,jauhkan diri,kerana lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk memenangi hati seorang perempuan itu adalah lelaki yang yang memang dijodohkan untuk kamu,wahai perempuan...

3 comments: