Satu detik bersejarah dalam kehidupan rakyat Malaysia telah disaksikan pada tengah malam 9 Mei 2018. Parti ulung, Barisan Nasional akhirnya tewas buat pertama kalinya setelah hampir 6 dekad memerintah tanah air.
Pakatan Harapan adalah parti yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi kerajaan baru setelah mendapat majoriti mudah. Muka muka lama dan berwibawa digabungkan dengan persona reformasi, menyebabkan terkulainya BN.
Fokus aku pada post kali ini bukan untuk menceritakan tentang sejarah ini, kerana aku pasti ramai yang sudah cakna akan peristiwa bersejarah ini.
Yang menarik minat aku adalah perubahan rakyat dalam merealisasikan 'Politik Matang'. Menulisnya aku disini bukan sebagai seorang pakar politik, pakar geostrategis (seperti yang diuar-uarkan oleh seorang itu), mahupun sebagai ahli politik. Aku menulis sebagai tanda negara menjunjung cita cita baru. Cita-cita yang ingin mendukung suara rakyat agar tidak lagi dikekang oleh mana mana pemerintahan mahupun agensi kerajaan.
Harapan aku mengenai suasana politik matang yang akan dikecapi kelak, adalah, hak hak rakyat terpelihara tak kira agama, bangsa, ideologi apatah lagi parti politik. Pembangkang mempunyai ruang bersuara yang sama dengan kerajaan. Kerajaan pusat memberi peruntukan yang sama kepada negeri negeri yang diperintah oleh pembangkang. Biar rakyat sendiri menilai kewibaan kepimpinan mana-mana parti yang diwakili. Kerana mereka mewakili rakyat di kawasan mereka, bukan mewakili poket mereka (harapnya).
Setakat ini sahaja, sebab aku tak ada idea. Post ini sebagai pemanas jari, sebelum aku secara serius menghentam dasar dasar yang pada aku mengenepikan kesejahteraan rakyat.
Akhir kata, rakyat raja demokrasi.
Sunday, 13 May 2018
Pasca Ijazah
Selepas tiga semester extend, dengan jumlah semester terkumpul adalah 11 semester semuanya, akhirnya aku berjaya mendapatkan sekeping ijazah.
Kini aku...
Menganggur.
Kini aku...
Menganggur.
Wednesday, 9 December 2015
Final Year Project !!!!
Final year is coming guys.
after all this years of up and down, i've managed to survive.
Ayah mesti bangga.

Friday, 23 May 2014
limosin
Aku dan limosin,
miskin dan kaya,
gagal dan berjaya.
sebab itu 'aku dan limosin',
bukan 'aku limosin'.
Monday, 14 April 2014
Sunday, 9 February 2014
Dunia klorofphobianausitontong
Pelik dengan dunia.
Patut dipelihara atau dibiar sengsara?
Tak paham aku.
Biarkan,
Satu hari, bila dunia sudah tiada,
Baru kita tahu,
Mana satu pilihan kita.
Patut dipelihara atau dibiar sengsara?
Tak paham aku.
Biarkan,
Satu hari, bila dunia sudah tiada,
Baru kita tahu,
Mana satu pilihan kita.
Thursday, 30 January 2014
teringin
Teringin bersolat, tapi banyak muslihat.
Teringin berubat, tapi tak pula larat.
Teringin berubah, tapi banyak bah.
Teringin berjaya, usaha tak pernah bermaya.
Alasan, keluhan, rintihan, rungutan.
Kalau terus berjuang atas sifat ini,
Memang, sampai nyawa dicabut,
Tak akan hilang.

berakhir
akhirnya, setelah berhempas pulas, mencari idea, menebalkan telinga mendengar bacaan-bacaan puisi yang kadang-kadang entah apa-apa, menulis dalam 'buku idea', menaip dalam komputer riba, berpuasa dari ber'tweet', aku berjaya siapkan draft penuh.
Berjenuh.
Tiba masanya, untuk menerbitkan nukilan-nukilan bodoh aku untuk dijadikan sebuah buku. Harap, berhasilah apa yang aku cuba sampaikan.

Monday, 15 July 2013
Wednesday, 27 February 2013
Monday, 25 February 2013
OPERA
Ketepikan soal kudis, datang pula panau.
Jangan terlalu memikirkan perdebatan Hadis, kalau yang asas masih sadis.
Sedih itu pedih tatkala ia datang sejengkal.
Sedih itu pelik bila ia tak datang sendirian. Pasti akan ada sindiran berbaur lakonan simpati, padahal tak pernah peduli. Buangkan topeng.
Cukup sudah pementasan opera kosong, kalau hati tak pernah bernombor. Pergi sahaja, jauh dari kertas ini, sedangkan ada yang masih menagihkannya.

![]() |
| bertopeng? |
Saturday, 23 February 2013
Saturday, 16 February 2013
Saturday, 9 February 2013
beza
Ana, saya, I, adalah sama.
Mana? Ke mana hilangnya?Aku sendiri belum menemuinya.
Kau? Dah jumpa belum?
Kamu, you, anta, adalah berbeza.
Kau dan aku tak pernah sama. Ada lainnya, ada nuansa dalam bertutur. Idea aku bukan untuk kau.

sodium chloride
Tak sebelah mana- mana.
Pendapat aku yang tak seberapa ini, tolong jangan di salah erti.
Aku tanda betul. Belum lagi mampu tanda 'pangkah'.
Aku 'neutral'.

Friday, 8 February 2013
Dua juta
Minggir, aku datang dengan kuasa 2 juta.
Percuma bagi kamu yang kuasanya 3 ribu darabnya 50 tahun. Aku hiburan kualiti dunia, kamu hamba kualiti bangsa.
Aku sedar, aku datang kerana membodek.
Membodek si jelek yang kurang celik akan intelek sebuah pokok. Kalau dulu akar membentuk pokoknya, kini , pokok memilih akarnya.
Cukup sudah magisku dihidangkan. Menghanyutkan naluri relevan 'pangkahan' sakti, sisipan keghairahan abadi.
Agama kini hanya tinggal cebisan, bagai keju, apabila tikus sibuk membaiki labu.

| Keep calm, and waste the Malaysian money. |
Monday, 4 February 2013
Tersiatnya tawa
Perpisahan itu pedih, pedih itu kesedihan. Lebih jelas, ia kesakitan, dalam benak, memori, naluri.
Kehilangan itu bukan permintaan, tapi ia keajaiban yang perlu.
Satu bentuk didikan, bidikan kepada hati sayu untuk tidak terus layu.
Ketawa itu ada musuhnya, sakit juga ada penawarnya.
Kurang jelas rasanya kalau kita dipenuhkan dengan tawa.
Ya! Kurang jelas bagaimana warna hidup. Sentiasa hitam atau sentiasa putih. Menikam hati itu jejak terpenting hidup.
Supaya ingat akan kegembiraan yang pernah....... kita lupakan sejenak.
Kelak kita akan terpisah.
Lumrah, serta kitaran yang cukup sempurna.

Wednesday, 16 January 2013
Dengar! Dengar! Dengar!
Menjadi kaku, takut dengan idea sendiri. Itu punca mahasiswa Malaysia dipandang sepi. Idea ditolak oleh bangsa dan negara sendiri. Aku menyokong idea, 'universiti sebagai pusat kritikan'. Baru ada perubahan dinamik.
Kita diasuh, disogokkan, dimanipulasikan oleh jajahan pemikiran 'just follow the flow'.
Kita dididik supaya akur, patuh dan setia.
Dipanjangkan aturan, dibuat susunan darjah kesetiaan seluruh dunia, Malaysia akan menjadi yang teratas.
Rakyat yang paling SETIA.
Setia menjadikan yang kuasa itu berlipat kali kuasa, wang atas wang.
Kita dikaburi dengan anugerah, yang setia akan menerima anugerah.
Tunduk kita pada kebodohan, ibarat mendongaknya kita pada keegoan. Lebih sewel pabila kita kagum akan kesetiaan kita pada kebodohan, kejujuran kita terhadap penipuan, kemiskinan kita dalam kekayaan.
Jika benar wujud hak bersuara, serlahkan. Jika wujud mahasiswa pendukung masa hadapan, buktikan. Jangan dihalang ilmu, idea, baru. Takut kita pada perubahan? Yang kaya akan terus kaya, yang lemah akan terus lemah.
Ideologi 'hak' dan ideologi 'bersuara'? Mungkin tak perlu hak bersuara. mungkin kita perlu hanya 'bersuara' atau kita hanya perlu 'hak'. Suara juga hak. Tak akan lari.
Berdiri atas hak bersuara, berperanan sebagai penyampai dukungan ketamadunan, tapi berpihak kepada hak kuasa. Yang berkuasa akan bercakap, yang kebanyakkan akan berdiam, patuh.
Adakah ini kaedah kuku besi terbaru? Menyekat perkembangan ilmu, menolak persoalan, menepis perubahan, mengangkat perbezaan darjat.
Ada 3 benda yang MatLuthfi ketengahkan dalam video terbarunya.
"Ada 3 sebab kenapa pelajar luar negara, tak nak balik ke negara":
1. faktor gaji lebih.
2. Di Malaysia kita hanya perlu ikut sahaja aturan.
3. Di luar negara, burung tak ada buat bunyi macam tu (if u know what he mean).

Thursday, 3 January 2013
penyesalan statik
Walau aku tahu, aku tiada ilmu ,tapi aku tetap di sini, statik, tak bergerak.
Menanti ramalan-ramalan dari kebanyakkan. Tersilap ramalan, silap juga haluan.
Menyeksa diri pada akhir hari.
Menyesal tentang perbuatan lepas. Statik, sama dengan kosong.
Dijenguk orang lain, dari awal sampai ke akhir, mentelaah sampai cair, cair otak.
Aku, sibuk menyusun jadual, bukan pada kertas, tapi pada mulut.
Natijahnya, aku statik, tak berganjak. Tak sedikit pun menegak.
Terasa terjatuh. Tarikan graviti menembusi kerak. Melayar helaian buku, pada saat penutup.
Aku berstatik di atas empuknya tempat tidur, sedang yang lain menimbunkan ilmu atas ilmu.
Latihan atas latihan. Pandai atas pandai.
Siapa lambat, dia dungu. Siapa cepat dia penghulu.

Monday, 31 December 2012
Tolak 'Belas'
Tolak belas, kini sudah tiada di umur aku. 20 tahun.
Selamat tahun baru, azam baru, manusia baru, dunia baru.
Apa yang ada sepanjang kesebelasan aku,
Hanya Yang Satu tahu apa yang ada sepanjang kesebelasan ini.
Kalau dikupas, takut hatiku sayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)