Monday 18 June 2012

kota imaginasi

Di hujung jari aku,terdapat satu alat kawalan jauh.Tv yang besar,melindungi pandangan ku dari segala trafik kehidupan sekeliling.

Banggunan tinggi,air mengalir dari bawah ke atas sambil ikan berenang-renang di antaranya.Ikan juga berkepak.Ibarat burung merpati.Berkepak ia terbang,berkaki ia berlari.Arca-arca magis menghiasi kota ini.Patung pelbagai ragam,alatan musik pelbagai bunyi.

Burung tidak lagi keseorangan di langit.Ikan berkepak sebagai peneman.Apabila hujan,bukan lagi turunnya rangkaian molekul hidrogen dan oksigen,tapi madu yang membasahi arca-arca itu.Indah sekali permandangan pabila bulan bukan lagi sebuah cermin.Kini bulan dan matahari bersebelahan.

Di pinggir kota,jika inginkan aneka jenis gula-gula,ada satu banggunan pengeluar gula-gula.Memproses tidak lagi tenaga manusia digunakan.Kerajinan askar lebah dimanipulasi oleh kepintaran kota itu.Lebah-lebah itu yang bekerja siang malam,membanting kepak,melakukan tugasan supaya kehendak umat sejagat dipenuhi.

"Gula terlalu banyak juga tidak bagus".Moto syarikat pengeluaran gula itu.Cukup ironi.Membuat pada masa yang sama melarang.Sindiran sang lebah kepada manusia.Sindiran yang cukup berfalsafah."Cakap orang,tapi dia buat jugak".Tipikal sifat orang tua,poltician,pengawas dan penguatkuasa.

Pepohon hijau melingkar di setiap penjuru di kota itu.Ada yang di gunakan sebagai kenderaan.Pergerakan pohon itu pabila terkena pancaran mentari,sekali lagi dimanipulasi.

Sayap-sayap rekaan sang lalat terjual di jalan-jalan,ibarat menjual kepingan keropok lekor.Kereta menjadi sebahagian bahan pameran di muzium.Kepak mengambil alih.Ibarat pari-pari kecil di awangan.Setiap ayunan kepak,akan berguguran manik-manik berkilat,ibarat bercakap hingga menyembur air liur.Kata-kata manifesto si lalat untuk melariskan jualan.

Tapi aku masih lagi di sini.Menulis.Menggabungkan idea-idea menjangkau pemikiran logik manusia.Ini hanyalah khayalan belaka.Allah itu Maha merancang.Dia tahu apa yang kita tahu.Dia jua tahu apa yang kita tidak tahu.Hentikanlah rungutan kegagalan.Allah tahu hala tuju rancangannya.

Lebah itu adalah ubat.Sebelah kepak lalat ada racun,di sebelah lagi ada penawar.






No comments:

Post a Comment