Friday 23 September 2011

bukan lagi....


walaupun pertemuan aku dengan dia sangat sekejap,tapi cukup untuk aku rasa apa itu kegembiraan berjumpa orang yang buat kita gembira,memberi inspirasi dan semangat.mungkin itu la takdir.takdir yang dizahirkan untuk aku.dalam pertemuan itu,aku hanya mampu memberi gambran dengan kata yang aku hidupkan diatas kertas.kerana aku tak mampu menyimpul kata-kata di hadapan kau...hadiah ini aku beri kerana.............

pensel box

orang kata,hadiah pertama bagi apa yang kita nak bagi,bukan bagi apa yang orang tu suka.jadi,aku rase yang terbaik pensel box tu.aku bagi hadiah pensel box tu tanda salam pekenalan.simbolik kepada hadiah tu,simpan la jiwa aku,seperti mana aku juga simpan kau dalam hati aku.mungkin tak sehebat peti yang memerlukan kan kombinasi nombor,tapi cukup la sekadar zip yang mampu aku keluar masuk dan tak perlu kan penjagaan kau.tapi sekarang,kau bukan lagi untuk aku....





jam tangan

masa....memang tak sangka,bagaimana masa mampu merubah hati manusia.jam tangan yang aku beri,meingatkan kau bahawa aku selalu ingat kau setiap masa.aku harap dengan jam tu,kau juga akan ingat aku setiap masa.mungkin perpisahan kita pada waktu tu,memerlukan banyak kesetiaan.malangnya,kesetiaan aku tak sama dengan kesetiaan kau.kesetiaan aku hanya untuk tunggu kau sampai kita sama-sama berjaya untuk aku jadikan permaisuri hidup aku.tapi sekarang,kau bukan lagi untuk aku...

kasut

biar perjalanan kau tak akan disakiti oleh batu-batu yang cemburu dengan kehalusan tapak kaki kau.aku tak pernah nampak tapak kaki kau,tapi aku rasa,aku nak jaga tapak kaki kau sebab kalau aku kahwin,aku akan kahwin dengan keseluruhan kau.agar tapak kaki tu akan terus kuat untuk melintasi cabaran yang melanda,duri yang ada pada setiap perjalanan,dan berpijak pada paksi agama yang benar lagi suci.tapi itu impian yang akan terus menjadi impian,sebab sekarang,kau bukan lagi untuk aku...

telekung

hadiah yang paling lama aku impi nak bagi dekat kau,tapi malangnya,aku bagi hadiah tu dalam hati yang dalam kesedihan.hadiah yang akan menjadi satu hadiah hari jadi yang terakhir,selepas aku tahu,kali ni,kau benar-benar bukan untuk aku.segala kenangan,keceriaan yang aku alami ketika waktu aku rasa kau untuk aku,akan harus aku lupakan.sebab hati kau tidak lagi untuk aku.pakailah telekung ni,gunakan la ke jalan Allah.ingat la,aku sentiasa inginkan kau jadi hamba yang terbaik,hamba Allah yang dilindungi.doa aku hanya la sekadar doa dalam sembahyang yang kau tak akan dengar,bukan doa yang akan aku baca waktu kita solat sama-sama,sebab kau bukan lagi untuk aku...



mungkin ini lah suratan.AKU BUKAN LAGI UNTUK KAU.....


No comments:

Post a Comment