Monday, 20 February 2012

Selidik dulu

Tak marah ke?Tengok la ayat tu dulu.Aku pun ada perasaan,aku tahu mana ayat marah,mana ayat tak marah.Suka hati kau la.Memang aku je la yang selalu kena marah.Menyesal la aku.Aku patut ikut je kata hati aku.Kan sekarang dah bengang.Amik kau syafiq.Dah la,serik aku.Tak tahu perkara yang sebenarnya,terus bagi ayat macam tu.Tak marah pun,tapi ayat tak payah kasar.Aku tak pernah cakap kasar pun dengan kau.Video tu tak ada kena mengena pun.Saja nak bagi.Tapi yang video tu yang kau pandang lebih.Aku harap kau faham.



Wallahualam.

Saturday, 11 February 2012

Selamat Hari Jadi Ayah

Aku lahir dari benih suci seorang bapa,
Tanpa aku sedari,diri aku dilahirkan dalam keempukan kasih sayang,
Tanpa diragui,
Inilah hasil usaha,seorang lelaki yang cukup tabah,
Membela nasib keluarga,mencari rezeki,
Agar anaknya dapat menikmati kenikmatan kurniaan Allah,
Agar anaknya tidak merasakan kepayahan yang pernah dialaminya selama ini.

Cukup besar pengorbanan mu,
Cukup sukar halangan mu,
Walau dihimpit duka,
Anakmu yang utama,
Walau sekeras mana pun lidah mu untuk mengucapkan sayang pada anak mu,
Tapi jauh disudut hati mu,
Anak-anak adalah segalanya.

Moga Allah membalas segala kebaikan mu di akhirat kelak,
Moga syurga untukmu,
Moga syafaat NAbi dikurniakan kepadamu,
Moga Rahmat Allah mengiringi mu untuk ke syurga,
Amin Ya Rabbal Al amin.



Monday, 6 February 2012

DISISIHKAN

Tak patut la.Apa la aku ni.Aku kot yang lebih-lebih.Perasan.Aku memang tak nak apa-apa pun,tapi bila dia buat macam itu,asal pulak aku nak terasa.Lupakan.Syafiq,lupakan.Saya benci di singkirkan.Saya benci direject.Saya benci di ketepikan.I mean it.

NOT AGAIN



Wednesday, 11 January 2012

you made my day

Ada orang suruh aku update blog.Sebab DIA yang suruh update,so entry kali ini untuk dia.
Masa ada orang bagi aku mesej,nak ajak aku keluar,aku tanya kawan-kawan aku ni.Nak keluar ke tak?Macam-macam la perkara yang bermain di minda.Akhirnya,aku ambil keputusan,why don't I grab the chance.First time aku jumpa dia,WOW!memang nervous.Dahlah tak pernah jumpa,tiba-tiba buat temu janji.Pergi Sunway.Yeah!Dia pakai dress,tak pakai seluar.Memang menepati kriteria yang aku nak.Nampak baik,comel dan lawa.Dalam kereta,Ya Allah,memang malu.Aku senyap je la.Sampai dia yang kena cakap banyak dengan aku.Sampai je tempat yang dituju,makan.snap gambar sini,amik gambar situ.Jalan-jalan.singgah kedai mana-mana entah.Mula-mula aku yang cakap dengan dia "Awak,saya nak beli baju untuk dinner la".Dia pun jawab "saya memang pandai pilih-pilih baju untuk orang ni."Jadi kami pun pergi la kedai ni,try baju.erm,kalau SYAFIQ yang shopping,memang cerewet la.Agaknya dia dah bosan kot tengok aku je yang pilih barang,beli tak nak,dia pun lepaskan geram la.Masuk je kedai ni,dia try kasut ni.Apa lagi beli sakan la dia.Bukan setakat beli,borong.Hahaha.Hiperbola je.Macam-macam la juga yang dia beli.Kasut,cermin mata,kasut,dan kasut lagi.Then kami jalan-jalan sambil mengenali diri masing-masing.Sampai masa untuk aku balik.Tapi aku baru teringat,aku tak bagi apa-apa gift pun dekat dia.Jadi,aku cakap la dengan dia,"Awak,saya ada duit nak belanja awak ni,tapi tak tahu nak bagi apa."Jalan-jalan lagi.Lepas tu aku ternampak kedai buku POPULAR.Aku suruh la dia pilih novel apa yang dia nak.Itu je kot yang aku mampu nak belanja.Next time,something more special than a book.Aku ada la buat benda yang aku buat kat buku tu,yang hanya aku dengan dia je yang tahu.Sshh!!!keep it between us.hahaha.Aku harap dia adalah orangnya.Ya Allah,dengar la doa aku ini.

Siapa yang aku tunggu?



Awak,'you made my day'.